Tuesday, 22 March 2016

Sekilas Tentang KKTM Kemaman


KKTM Kemaman dibina di atas keluasan tanah 56.3 ekar daripada jumlah keseluruhan tanah 80 ekar di Jalan Mak Lagam, Mukim Banggol, Kemaman, Terengganu. Kedudukan KKTM Kemaman amat strategik kerana berada di kawasan industri minyak dan gas. Ini kerana bidang pengajian yang ditawarkan di KKTM Kemaman adalah berkaitan dengan industri minyak dan gas.
KKTM Kemaman merupakan Kolej Kemahiran Tinggi MARA yang ke 10 telah mula beroperasi pada 27 Disember 2010. KKTM Kemaman dapat menampung seramai 1200 orang pelajar.
Program yang ditawarkan adalah diploma teknologi kejuruteraan loji (Elektrikal, Mekanikal, Instrumentasi dan Kawalan, Perpaipan, Struktur Luar Pesisir).  Tempoh pengajian adalah 6 semester (3 tahun).

Program Yang Ditawarkan

KKTM Kemaman menawarkan 5 program pengajian iaitu:
  1. Diploma Teknologi Kejuruteraan Loji (Instrumentasi dan Kawalan)
    • Diploma in Plant Engineering Technology (Instrumentation & Control)
  2. Diploma Teknologi Kejuruteraan Loji (Perpaipan)
    • Diploma in Plant Engineering Technology (Piping)
  3. Diploma Teknologi Kejuruteraan Loji (Elektrikal)
    • Diploma in Plant Engineering Technology (IElectrical)
  4. Diploma Teknologi Kejuruteraan Loji (Mekanikal)
    • Diploma in Plant Engineering Technology (Mechanical)
  5. Diploma Teknologi Kejuruteraan Loji (Struktur Luar Persisir)
    • Diploma in Plant Engineering Technology (Offshore structure)
SINOPSIS PROGRAM
* Diploma Teknologi Kejuruteraan Loji (Instrumentasi dan kawalan

Kekuatan program ini adalah para pelajar akan mempunyai tahap kemahiran yang tinggi didalam kawalan proses, Distributed Control System (DCS)  dan field bus technology yang meluas digunakan dalam industri minyak dan gas.Para pelajar turut didedahkan dengan pengetahuan berkaitan dokumen instrumentasi dan kawalan.Para pelajar yang tamat di dalam program ini bukan sahaja boleh bekerja di dalam bidang minyak dan gas tetapi berpeluang untuk bekerja didalam bidang-bidang yang lain.

SINOPSIS PROGRAM
* Diploma Teknologi Kejuruteraan Loji (Perpaipan)

Para pelajar  program ini akan mempelajari asas komponen perpaipan, pelbagai kod dan standard.Para pelajar juga turut mempelajari asas susun atur loji, analisis tegasan paip, equipment piping,  prinsip dan prosedur untuk merekabentuk loji. Latihan amali berasaskan contoh projek sebenar  digunakan di dalam program ini.Para pelajar didedahkan dengan peranan dan tanggungjawab seorang pereka perpaipan di dalam melaksanakan projek rekabentuk perpaipan.
SINOPSIS PROGRAM
* Diploma Teknologi Kejuruteraan Loji (Elektrikal)

Pelajar didedahkan dengan teori berkaitan kejuruteraan elektrik khususnya di dalam bidang minyak dan gas.Kurikulum program inimeliputi asasrekabentukpembangunan dan pengujian peralatan elektrikal seperti motor elektrik,pembumian,pendawaian,bangunan,sistempapan,suis (switchboard), sistem janakuasa,analisis sistem pengagihan dan penghubungan.Para pelajar turut didedahkan dengan peraturan dan aspek keselamatan khususnya di dalam industri minyak dan gas.

SINOPSIS PROGRAM
* Diploma Teknologi Kejuruteraan Loji (Mekanikal)

Menyediakan para graduan dengan pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan oleh pelbagai syarikat kejuruteraan, pembinaan, fabrikasi serta operasi.Mendedahkan graduan dengan teori dan praktikal melalui kelas amali yang merangkumi rekabentuk, prinsip-prinsip kejuruteraan di samping kemahiran perisian rekabentuk terbantu komputer (CAD) seperti AutoCAD Plant 3-D  dan Pattern Development (Plate and Sheet).Penyelenggaraan peralatan mekanikal contohnya pam, pemampat, penghawa dingin dan sebagainya.Graduan juga boleh memilih untuk menjadi teknousahawan dengan membuka syarikat sendiri daripada bekerja di industri.

SINOPSIS PROGRAM
* Diploma Teknologi Kejuruteraan Loji (Struktur Luar Persisir)
Pembelajaran berkaitan amalan kejuruteraan struktur meliputianalisispengiraandanprinsiprekabentuk strukturdenganmenggunakanperisianseperti AutoCAD, SACS, AutoCAD Plant 3D, BOCAD, GRLWEAP dan Microsoft Project.Program ini juga memberi pendedahan kepada pelajar dalam rekabentuk projek yang berkaitan fabrikasi struktrur keluli.Program Teknologi Kejuruteraan Struktur Luar Pesisir menyediakan graduan untuk kerjaya di dalam bidang pengeluar minyak dan gas merangkumi asas kimia, mekanik gunaan, matematik kejuruteraan dan rekabentuk struktur luar pesisir.

1 comment:

  1. Merkur 15c Safety Razor - Barber Pole - Deccasino
    Merkur 15C poormansguidetocasinogambling Safety Razor wooricasinos.info - Merkur deccasino - 15C for Barber Pole is the perfect casino-roll.com introduction to the Merkur Safety septcasino Razor.

    ReplyDelete